Home About Me Links Twitter Facebook | |||
![]() ![]() Sunday, July 29, 2012 | 3:07 PM | 0 Comment(s) Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah Ya Allah. Akhirnya dapat jugak tengok result setelah berkurun-kurun tunggu. huu. ![]() Setelah mengharungi kesedihan akibat kelalaian untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh pada sem 1 (yang dapat result tahap sedih nak menangis tuu sobs sobs T_T) , Allah masih bukakan pintu jalan seluas-luasnya pada sem 2 yang lepas. Dapat nikmat kesihatan yang baik untuk pergi ke kelas seperti biasa. Namun, hamba masih leka dengan kelalaian yang tak sudah-sudah tuu, dah last-last minit jugak waktu study week baru terhegeh-hegeh nak cari mana buku, nak belek-belek lecture notes yang bertimbun. Alhamdulillah, Allah masih bukakan pintu hati untuk tidak membiarkan kelalaian membelenggu diri (kalau tidak, dapat result sem 2 menangis lagi, huu T.T). Study jugak aku walaupun sedar macam terlambat jaa. Dalam hati gundah gulana, Allah saja yang tahu, tapi aku teruskan jugak semangat tu. Sebab aku tahu, dengan izin Allah, hanya aku sahaja yang mampu mengubah nasib aku sendiri. Teringat saat-saat berada dalam bulatan usrah beberapa hari sebelum exam bermula, semua ahli usrah diminta untuk buat ucapan kepada ahli-ahli yang lain sempena final exam yang bakal menjelang tu, ucapan aku yang lebih kurangnya berbunyi begini... "Tak kira lah kalau dah habis study ke belum, yang penting manfaatkan masa hingga ke akhirnya, Orang kata selagi paper exam tu tak sampai di tangan kita, masih belum terlambat lagi untuk study. Jadi, manfaatkan minggu study week ni seboleh-bolehnya okay." Pukk! Aku tak rasa aku bagi ucapan untuk orang lain, melainkan untuk diri sendiri ja. huu. Sebab ayat aku semua terkena batang hidung sendiri. Kadang-kadang malu pun rasa nak bagi nasihat kepada orang lain, sebab rasa macam hipokrit. Sebab tu kalau sesuatu tu aku tak pernah beramal, aku prefer untuk berdiam diri ja, aku hanya nasihatkan orang tentang apa yang aku buat ja. Tak guna jugak nak cakap pasal benda yang diri sendiri tak pernah buat, tak lekat punya di hati si pendengar nasihat kita tu. Eh, dah terlanjur topik, Nak cerita pasal result je sebenarnya. Eheh.
Ya Allah, kuasa kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih, ketetapan hati ini adalah atas kehendak-Nya. Semoga Kau terus membiarkan hamba bercinta dengan ilmu-Mu ini sehingga ke akhirnya. What about next sem prediction with all these subjects?? #Dear Allah, make it better than before. But I'm always thanks You for all that You have done. I truly appreciate it :)) ![]() |
Welcome Bluely
![]() Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) . Tagboard
![]() Back Then
![]() |