Home About Me Links Twitter Facebook | |||||||||||||||||||||
![]() ![]() Sunday, July 17, 2011 | 6:30 PM | 0 Comment(s) Salam ‘alaik. Ada juga part 4 eh. Mesti korang ingat dah habis sampai part 3 sebelum ni ja. Oke, part 4 ni hanya nak highlight sikit pasal perkara2 menarik (la sangat) yang ada kat KMPP, semoga dapat menarik lebih ramai adik2 di luar sana untuk masuk KMPP nanti. Huhu. Nak tau apa yang menarik di KMPP?? Ni saya listkan seperti di bawah: 1- Mr Charlie!! Yang ni la saya rasa ‘keistimewaan’ paling ketara yang KMPP ada. Apa tu Mr Charlie? Charlie ni sebenarnya sejenis serangga yang kecik ja, tapi sangat berbahaya . Badan dia tu hitam dan ada belang2 oren.
Tolongla jangan biarkan Mr Charlie merayap di badan anda, especially kat muka, sebab nanti dia akan keluarkan bisa dia kat korang. Lepas tu, jadi la seakan2 garisan yang sangat pedih di kulit korang.
Oke, sebenarnya saya xpernah pon kena serangan Mr Charlie ye. Ni semua pengalaman kawan2 saja :| thee~ tapi bila anda dah terkena tu, jangan risau sebab buleh minta ubat free dekat pejabat asrama. Cara nak bunuh Charlie ni tak boleh main suka2 hati ja, korang ambil ja cello tape tampal atas dia, pastu penyet! Macam kejam kan? Tapi tu la yang roommate saya cakap. Tak mau bagi gas ka apa ntah yang dekat badan dia tu terbebas keluar……….erk! apa ntah, saya pun tak paham. Tapi Charlie ni ada musim dia. Bukan sepanjang tahun kena berperang dengan Charlie kat KMPP tau!
p/s : cuba tengok gambar beg student KMPP batch 2010/2011 kat atas ni dengan gambar Charlie tadi. ada persamaan? hoho 0_0 2- Pak Cik 4 Flat :) Tau tak kat KMPP ada satu kedai yang dimiliki oleh seorang pakcik ni. Student2 KMPP semua panggil dia ‘PAKCIK 4Flat’. Sebab apa tau? Sebab nanti kalau korang pergi beli kat kedai dia, dia akan cakap macam ni….. “ Mai Sarah, mai Rokiah mai Siti mai beli kat kedai pakcik, sapa beli nasik lemak/ kuih kat kedai pakcik ni nanti InsyaAllah dapat 4flat.” Baik hati kan pakcik tu! Bukan tu ja, kalau musim exam nanti pakcik tu akan tahan korang ramai2 kat tengah jalan dan bagi tazkirah. Contohnya macam…… “ Mai sini pakcik nak habaq benda baik, jangan gelak, pakcik bukan main2!! (dia marah sebab ada yang gelak2 masa dia nak cakap tu) sebelum jawab exam nanti selawat ke atas Nabi banyak2, bila jumpa soalan susah Istighfar. Istighfar tu menghapuskan dosa2 kecik. Semoga Allah bukakan hati anak2 untuk jawab soalan tu. Kalau orang tanya boleh jawab tak exam tadi? Jangan kata ‘bolehlaaa’, tapi kata Alhamdulillah. Kalau orang tanya exam yang esok boleh jawab tak? Jawab la InsyaAllah. Ok, anak2 semua boleh pi.” Haa, kan saya dah kata pakcik tu baik! Dan dia bukan bagi tazkirah tu sekali saja, tapi boleh katakan setiap group yang lalu ramai2 tu dia akan tahan. Dan dia buat macam tu setiap hari yang kami semua ada exam. Sebelum pi exam tu memang saya kena tahan la, Cuma 1 hari ja terlepas~ tak dapat la dengar tazkirah hari tu. nak tau rupa pakcik ni macammana? sila tengok bawah.... . . . . .
saya ambik gambar ni kat google saja. Tu lah bukti betapa femesnya pakcik ni kat KMPP Semoga Allah berkati usaha pakcik tu menyebarkan kebaikan dan berikan ganjaran yang setimpal dengan usahanya, kan. 3- Cendawan M****** (CM)
Haha, yang ni tak best sikit. Tapi masa saya dengar for the first time ada Ustaz bagi tazkirah Maghrib kat surau An-Nur masa minggu orientasi, sangat menarik perhatian saya untuk tau lebih lanjut. Hehe. Kat sebelah bilik JPP tu ada la replika cendawan besar yang dijadikan tempat rehat2 tuh. Tempat tu dikenali sebagai Cendawan Maksiat. Hoho! Aneh bunyinya. Sebabnya tempat ni dikenali sebagai CM adalah kerana adanya manusia2 tak bertanggungjawab yang menyalahgunakan tempat rehat ni untuk rehat dengan ‘pasangan’ masing2 kot. Sebab tu lah, orang panggil macam tu. Kesian! Yang kena cendawan, padahal manusia yang buat maksiat. Tapi, nama tu dah diubah dengan nama yang lebih baik la. Tak ingat pulak nama baru cendawan ni #LOL. Cendawan apakah?? Hmm! Cendawan Dakwah kot. soryyyy, xingat! 4- Pengalaman Outing yang menggembirakan.......dengan bas UTC!! Korang bila kat KMPP, kalau nak outing kenalah naik bas tambang murah yang tiap2 hujung minggu menagih wang dari budak2 ni. Bas tersebut ialah bas UTC tercinta! Muahehe~ nak pergi Jusco, Pacific,Kailan, naik bas nilah. (^_______^). Jadi, kenanglah jasa bas ni. Oleh kerana adanya bas ni lah, korang dapat merasa betapa seronoknya pengalaman pergi outing kalau duduk kat KMPP. Jangan la tertipu dengan rupa paras bas yang xberapa berupa bas dah ni, kerana hakikatnya, bas ni masih boleh bawak kita ulang alik dua tiga round kan dulu! Biar lambat, asal selamat. Motto yang paling ringkas tepat padat untuk perkhidmatan bas ni. :)
saya tak kesah pon dengan bas ni, sebab rupa bas HBR yang saya selalu naik kat rumah lebih kurang macam ni lah. alah bisa tegal biasa. haha :| Semoga syarikat bas UTC dan HBR terus maju jaya! Haha. 5- Musim bunga @ KMPP Whoa? KMPP ada musim bunga? Yeah, sure! Kat KMPP ada pokok2 yang bila tiba musim berbunga nanti, akan muncullah bunga2 yang lawa cantik comel untuk menjadi santapan warganya~ so, nanti ramai la budak2 yang suka dok buat sesi fotografi dengan bunga2 ni. Eh2! Nanti bunga2 ni akan luruh tau, so jadi la musim bunga luruh pulak! Xpercaya? Tengok bawah ni!
Haa, kan saya dah cakap cantik! kalau nak merasa pengalaman dengan bunga 'sakura celup', mai la KMPP dalam bulan 2-3 macam tu. Ok, tu jelah. Tak larat dah tulis panjang2. Penat lah. Cukup2 la kan ada 4 parts. Kalau nak tau lagi buat la hikayat anda sendiri.huhu. Wassalam~! ![]() |
Welcome Bluely
![]() Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) . Tagboard
![]() Back Then
![]() |