//Making Randomness

Home About Me Links Twitter Facebook
Mengimbau Kenangan di KMPP - Part 3
Saturday, July 16, 2011 | 10:21 AM | 3 Comment(s)

Salam ‘alaik. Part 3 kembali dengan cerita saya di KMPP.
Ok, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan sesi bercerita~ :|

Dalam Part 2 saya dah cerita yang saya masuk dalam praktikum H2P4 kan. Ok, ni saya nak cerita hari pertama saya hadiri kelas.  Huh! Tak ingat pulak masa mula2 tu kelas apa! Erm, IT kot.  Rasanya.  Masa tu tak da buat kawan lagi dengan budak2 H2P4 ni. Sebab masa minggu orientasi saya tak bersama mereka, jadi masih tak kenal sapa2.  Masa kelas IT tu, saya duduk barisan hadapan sekali, sebelah syidah. Huhu. Baru nak berkenalan dengan dia masa tu.

Lecture pertama yang saya masuk adalah lecture bio. Malangnya kelas kami lewat masuk sikit, jadi kena duduk kat kerusi belakang2 nuu! Saya memang tak paham apa la dalam kelas tu. Hadir jasad ja, tapi mental entah melayang ke mana. Baru nak adapt dengan keadaan. Oke, masa dalam lecture hall saya duduk sebelah kak zana dengan kawan dia, kak Najwa Ulfah (fuhh! I still remember her name sebab nama dia sedap).  Kak zana tu  classmate saya lah, merangkap  penolong ketua kelas. Eh? Betul ka istilah jawatan tu? Betul kot.  Panggil ‘kakak’ sebab they’re 1 year older than me. The EX-PDT. 

Lepas tu, dah mula kenal classmate yang lain. Nak cam muka tu kejap ja, tapi nak hafal nama tu masalah tu! adalah berbulan jugak  kot saya ambil masa nak hafal nama semua orang. Sekali dah hafal tu, terus hafal dengan nama ayah diorang sekali. huhu. Lepas tu hafal nama lecturer2 yang ngajar saya tu. Lepas tu, saya la yang jadi rujukan kawan2 bila nak tulis nama lecturer kat lab report ka apa ka, sebab saya la yang suka dok hafal nama ayah lecturer2 ni. hehe. 

just teringat masa saya mula2 masuk SMKAK dulu kejap kn, ada sorang Penolong Kanan HEM kat sekolah cakap bila nak menuntut ilmu tu, perkara penting yang kita perlu tau dulu ialah nama2 cikgu yang akan ajar kita. Jadi, saya cuba lah hafal nama2 cikgu saya. InsyaAllah, semoga kekal di ingatan~ 
ok, kawan yang saya paling jumpa dulu dalam kelas adalah Nur Nadhirah bt Sulaiman (NNSS) aka Cik Nad. Dia asal dari Johor. Saya boleh rapat dengan dia sebab ada dalam 1 lecture tu, saya duduk sebelah dia. saya memang aim nak duduk tepi dia pun sebab saya nak duduk kat bahagian yang depan2 sikit, then nampaklah dia. Saya cam la dia classmate saya. saya pilih barisan nombor 3 sebab tak da la macam depan sangat kan. Nak tau perbualan kami masa tu?

Saya : erm, ada orang tak kat sini? (*senyum)
Cik Nad : (geleng2 kepala) xda, duduk lah!
Saya : (duduk dan kemas barang2 saya, konon2 sedia nak belajaq la). lupa kot nak cakap terima kasih kat dia! Cik Nad, thanks yaw! (*__________*)
Cik Nad : praktikum mana??
Saya : ( I was like #jkludw!!!!) praktikum mana?? kita kan classmate!! 
Cik Nad : o0 ek? xperasan.........

Lecturer pon da start mengajar..
-
-
-
-
-

Lepas kelas tu terus break. Jadi  saya dengan Cik Nad pergilah jalan sekali. Cik Nad! kita pergi mana? Makan kat kafe D eh? huhu. Lawak la Cik Nad ni tak tau kitorang classmate. Tapi saya tak kisah pon sebab dia pon pendatang baru dalam kelas tu macam saya jugak. Jadi memang tak kenal lagi la orang2 dalam kelas. Mula dari situ  kitorang pon pergi mana2 sekali, sampai cik Mila ( dia daftar masuk lambat sikit sebab dia panggilan kedua) ingatkan kami dah lama kenal, dia ingat kitorang schoolmate. Haish! Lepas tu saya start baik dengan cik Mila,  cik Azie, cik Nuyun. anddd kak Fatin dan lain2 la. 

 
 
  
 
the H2P4- girls 
Then, hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ujian Pertengahan Semester (UPS) dah diharungi. Dannnn, masa tu la saya mula rasa ragu2 dengan kemampuan diri saya. Maths saya masa UPS memang totally out. Yang survive pon bio saja, sebab antara ketiga-tiga subjek Maths, Bio,Chem tu, saya paling minat bio ja. Tapi, berbekalkan kata2 semangat dari keluarga, saya teruskan jugak. Sampailah cukup setahun saya di matrik. At least tak ada la sekerat jalan saja kan. Walaupun result yang saya dapat mungkin tak seberapa, (sebab saya malas kot!) tapi itu jelah rezeki saya di matrik. Redha sajalah.

Sepanjang setahun tu, banyak la memori tercipta. Di situ la kenal kawan2 baru, merasa masuk kuliah, masuk tutorial, masuk lab buat amali, join kelab alam sekitar, outing pergi mall, naik basikal astaka, basikal pak guard (sebab astaka kedekut sangat ada berapa buah basikal ja, pastu rosak lagi banyak dari yang elok), jogging pagi2 hujung minggu, main2 kat tasik, tanam pokok dengan kelab alam sekitar, larian KAKOM keliling kampong, merasa berpuasa kat sana, ada sambutan hari raya, jadi AJK Minggu MEMORI,  dapat kenal dengan Mr Charlie, beli belah dekat kedai Pak cik 4flat dan banyak lagi la yang tak terungkap kat sini. 

ouh! saya lupa nak cerita pasal roommate2 saya kan! Alhamdulillah, saya dapat roommate yang baik2 sebab kitorang sama2 doa sebelum masuk matrik supaya dapat roommate yang baik2 saja. Roommate2 saya  asal dari Kelantan, Perak dan Johor. Nak tau saya paling rapat dengan sapa? Dengan si Gadis bertudung merah tu lah! cik Wanis namanya, mek Klate tuh! macam klise dengan first impression saya kan? sebab tu la jangan nilai orang dengan the-so-called-first-impression korang tu, kenali dan selami dulu hati budi masing2 baru kita dapat tau sifatnya yang sebenar kan. 

 
the-so-called-roommates ~
Bila dah lama2 baru la saya tanya dia kenapa dia tegang semacam ja masa mula2 masuk bilik dulu? dia pon cakap masa tu dia tengah tension sebab kena angkut barang naik turun tangga sorang2. owh! baru lah saya tau~ Saya paling baik dengan dia la dalam bilik, sebab kak Zai tu EX-PDT, jadi dia dah ada ramai kawan2 dia, si Sarah pulak selalu dengan classmate dia. Jadi, kalau pergi kafe, ko-op ke, selalu dengan Wanis lah. Kadang2 hujung minggu pergi Pasar Malam kat Kailan dengan bas UTC tu. Pergi joging, main badminton, jalan2 pusing KMPP, main2 kat tasik, naik basikal semua dengan Wanis lah. 

Semuanya dah jadi kenangan. Tapi, mungkin sebab setahun ja, jadi tak rasa lah sangat berpisah dengan kawan2 tu, berbanding masa zaman sekolah kan, lagipun sekarang ada ja facebook ke, blog tu ke kalau nak contact kan. Senang. Kalau rindu pon, terubat lah bila dapat tau lagi perkembangan kawan2. but, apa2pon KMPP memang best!! 

okies, done! saya memang xpandai bercerita. Jadi kalau boring tak payah baca lah!
itu saja untuk kali ni, wassalam~ :)




Older Post | Newer Post
Welcome Bluely

Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) .

Tagboard

Back Then

Credits

Layout : Dian Az-zahra
Tutorial : Kak Lettha Qay
Background And Images : ABC
Best Viewed In Google Chrome


Copyright 2012 Dian Az-zahra. Protected Reserved.