//Making Randomness

Home About Me Links Twitter Facebook
Mengimbau Kenangan di KMPP - Part 2
Friday, July 15, 2011 | 10:05 AM | 2 Comment(s)

Salam  ‘alaik. Seperti yang dah dijanjikan, saya akan sambung cerita saya di KMPP Part  2  dalam entry kali ini. Sila baca dengan bahagia nah!

A5.4.4 with love~


Ok, sebelum ni saya cakap saya dah tau bilik saya kan, saya dapat A5.4.4 . tau apa maksudnya? A5-blok, 4-nombor aras, 4 - nombor bilik. Saya pon cepat2 turun dari library (tempat pendaftaran dan ambil kunci bilik) untuk cari blok yang saya bakal duduk. Masa tu rasa jauh sangat blok akademik dengan blok kediaman, tambah2 dengan ramai orang masa tu. Cari punya cari, pastu jumpa la tersergam indah saja Kompel Sri Kenanga (A5) tu. Mula2 tak tau pon apa maksud kompel tu, tau masa miggu orientasi la jugak (tak ingat felo mana yang bagitau) yang maksudnya KOMpleks PELajar. owh! Lepas tu cakap la dengan abang suruh parking kereta dekat2 sikit dengan blok ni, senang la nak angkut barang2. 

Bila sampai masa angkut barang naik tangga, baru la teringat, ‘alahai, aras 4 tu aras paling atas ke?’  memang merungut la jugak masa tu sebab penat sangat turun naik tangga nak angkut semua barang2 naik bilik. Nasib la ada kakak tolong angkatkan jugak.  Thanks to her lah! And guess what? I’m the first yang rasmi bilik tu, jadi boleh pilih katil suka hati lah. Saya pilih katil yang dekat dengan tingkap sebab konon2nya senang la nak dapat udara bersih. Yang bersih2 tu semua dapat kat saya dulu. Hee~  start la kemas2 barang, pasang cadar, letak baju dalam wardrobe, and kakak tolong sapu lantai tu sebab berabuk sangat.  Tiba2………….
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pintu bilik terkuak! Masuklah seorang gadis bertudung merah, berbaju kurung  kaler  jingga berbunga2  merah dengan muka tak beriak.  Xsenyum pon dekat saya. Saya tak ingat pulak dia bagi salam ke tak? Bagi kot. Serius saya takot tengok muka dia yang tegang semacam ja mula2 tu. Dalam hati cakap, ‘this kind of girl will be my roommate ke?’ erk!  Memang la kan.  Sebab saya  masih tak kenal sapa masa tu, first impression tu la yang bagi gambaran macammana sebenarnya roommate saya nih.  Debaran dalam hati nak terima roommate masa tu tak habis lagi, sebab ada lagi 2 orang masih belum check-in. huhu.  Then, beberapa puluh minit lepas tu, roommate saya lagi 2 orang dah masuk. Family diorang pon naik sampai dalam bilik jugak, jadi saya ajak kakak turun sebab padat sangat dalam bilik tu.

Turun bawah jumpa mak abang kakak semua, sembang2 sikit, salam2  and depa pun bertolak balik la. Tinggal la daku sorang2 di situ.  Mula2 tu perasaan sangat berbaur. Sebab nak kenal dengan roommate, kawan2 kelas, environment kat matrik, makanan, and semualah. Baru! Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Roommate dan kawan2 kelas semua baik2 belaka. Walaupun masa minggu orientasi tu saya ditempatkan dengan praktikum F2P2, tapi disebabkan saya tukar kos ambik sains hayat, jadi tercampaklah dalam praktikum H2P4.  

Ok, setakat ini sahaja untuk part 2.  Tunggu  entry berikutnya di part 3 nanti ya! 
Till then, wassalam~




Older Post | Newer Post
Welcome Bluely

Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) .

Tagboard

Back Then

Credits

Layout : Dian Az-zahra
Tutorial : Kak Lettha Qay
Background And Images : ABC
Best Viewed In Google Chrome


Copyright 2012 Dian Az-zahra. Protected Reserved.