//Making Randomness

Home About Me Links Twitter Facebook
sesempurna mana?
Monday, June 20, 2011 | 2:06 AM | 0 Comment(s)

 


 Bismillahirrahmanirrahim~

salam, readers. apa khabar kalian? saya harap anda dan saya sentiasa dalam lindungan kasih dan sayang daripada Allah SWT.

tadi masa duduk saja2 terasa banyak idea nak update blog. bila depan lappy macam @jhdibshi# sigh :( huhu, inilah masalah blogger tak da pengalaman luas lagi dalam dunia penulisan blog macam saya ni. tapi InsyaAllah, akan saya all out setakat yang mampu.

tolong jangan anggap entry saya ni seriusss gila! saya menulis santai2 saja, melepas gian nak menulis. i do love writing, but i lack of its skills, dowh! sebab tu nak berlatih menulis selalu, lama2 nanti boleh menulis dengan idea xsengkek dah kan.

akceli, idea asal post kali ini tentang .:perfectness:. kesempurnaan. tetapi skopnya luas kan? kalau korang tengok perkataan yang bawak makna sebesar2 alam tu, mesti x dapat guess lagi hala tuju yang saya akan bawa untuk anda renungi. *ceh, skema. hee~  so, kalau nak tahu selanjutnya, stay tuneeeee........ :)

baiklah, sebenarnya saya hanya nak sedarkan diri saya sendiri (itu yang paling penting pon) dan anda yang membaca dengan hati terbuka post saya ini tentang KITA yang selalu/kadang2 rasa macam habis perfect dengan diri kita. pernah tak? atau pon rasa macam lebih baik dari si anu tu, si anu ni. takkan xpernah? tipu lahh. korang maksum ke? tak kann. meh saya kasi contoh eh!
korang attend class kat kolej/uni/ sekolah, dressing code korang memang A++ la, tudung xjarang, labuh sampai bawah dada ; baju kurung pon guna kain tebal; pakai kain dalam sebab kain baju kurung tu cahaya masih boleh tembus untuk hasilkan shadow betis korang. pakai stokin sebab kaki pon aurat jugak. memang terbaik la! then bila jalan nak masuk class terserempak dengan student lain and sekali lalu tu korang dah wat x-ray dan post-mortem pasal dress code dia. "pehal dengan budak yang ala2 minah rempit rambut-cacak2-macam-bulu-burung-baru-nak-tumbuh kena paksa pakai tudung dengan ustazah Siti Noor Bahiyah ni?pelik semacam je aku tengok drees code dia!!" andd dari situ akan hasillah beberapa observations dengan sendirinya : " 1- tudung tak cukup labuh sebab boleh nampak aset2 dia, pastu bila tunduk kepala sikit dah nampak tengkuk. Out! 2- lengan baju yang dah elok2 panjang disinsing macam tak cukup tangan nak pakai. baju yang patutnya sampai lutut dipakai pendek bawah sikit dari buntot dia je. Out! 3- bila berdiri ja bawah sunlight memang nampak 2batang tiang lah (betis), transparent gitu kainnya. Out! 4- pakai sandal and biarkan jari2 kaki tersergam elok ja kat situ. kot pakai kasut takpa gak! Out! Mesti masa kelas pendidikan Islam bab aurat dan cara pemakaian berlandaskan syariat kat sekolah dulu dia tido je, tu baik lagi. ntah2 dia buat2 sakit perut and pergi baca novel Sophie Kinsella diam2 dalam tandas."  then bila sampai kat kelas korang pon bukak mulut dekat si X dan si Y and blablabla pasal budak tadi. si Z pon curi2 dengar. dan habislah dari si A ke si W dapat tahu cerita ni.
huh! kenapa contoh pon panjang dari intro? haish. i don't know, xsedar pon. i just write my mind. hehe, sory eh buat korang berpeluh2 baca contoh ni saja. :)
tapi, setuju tak dengan contoh tu? saya pon xnafikan, bab2 mengata mengumpat ni memang dah jadi macam hobi dah. yelah, dah suka dan selalu buat kan. kadang2 saya pon suka ja nak nilai seseorang dengan fizikal dia, walaupun dalam hati sahaja, ia tetap berdosa. * kalau dah TERlepas mengata dalam hati tu cepat2 la beristighfar, semoga Allah ampuni kesalahan tu. dalam hati of course la susah nak kontrol, tambah2 dengan lemak manis pujukan syaitan. tapi, kalau kita nak keluarkan di mulut ni masih boleh dikontrol kan? tak ke? bukan ka kita dah diajar untuk berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2, jadi kalau nak mengata orang tu boleh la tapis2 dulu.
mengumpat mengata= useless+ tambah dosa. so akal diminta untuk block perkataan2 tu daripada keluar dari mulut kita.

kalau korang kata brain korang semua automatik ja, kalau bab mengata orang ni akal xsempat nak tapis2 dah, laju ja keluar di mulut, kot ye pon, berlatih la memanualkan proses2 tu. setiap kali nak cakap pasal keburukan orang, fikir dulu diri kita sendiri ni perfect sangat ke? tak da buruk langsung ke?InsyaAllah, boleh!
to think bad about others, one should thinks about oneself first. "am I too good without being bad too?" - PlainDiya.
bercerita tentang keburukan orang memang best kan, nak2 sambil cecah buah pelam/mangga dengan grup mesyuarat tingkap korang tu. tapi setiap kali terasa nak buka aib orang tu, cuba letak diri anda dalam situasi orang yang nak diumpatkan tu. tak sakit hati ka kita orang bercerita tentang keburukan kita dalam grup ramai2 macam tu? kita rasa bahagia ke tiap2 kali kena umpat? tipu lah! kalau saya sendiri pon mesti rasa pedih hati yang teramat. sedarlah, diri ini dan rakan2 pembaca, kita pon ada keburukan masing2. yang kalau nak bercerita tentang keburukan kita ni pun berjela2 sampai tak cukup tanah, ni sibuk2 ja nak cerita pasal kain orang lain.

pernah tak terpikir yang kita ni tak tahu apa2 pon pasal orang yang kita umpat tu? kita cakap pasal dia ikut sedap mulut kita je. balik pada contoh yang saya bagi masa mula2 tadi;

dress code dia macam tu mungkin dia tak tahu pon cara yang betul untuk dressing ikut syariat, mungkin sebelum ni dia free-hair ja, and baru start nak pakai tudung. boleh jadi dia ambik tudung sekolah adik dia yang bongsu masa darjah 1 tu dulu, sebab tudung yang dia tempah tak siap lagi. nanti kalau dia pergi kelas free-hair gitu ja lagi berkatam-katam umpatan orang kat dia. nak2 rambut dia tu macam pelangi je kan, merah kuning hijau indigo biru tua biru muda semua ada. dia tak pakai stokin mungkin sebab dia tak sempat nak beli ka apa, ataupon dia memang tak tau kaki tu aurat jugak [sebab dia sibuk baca novel Sophie Kinsella ja masa kelas agama kan :) ] sebab dia tengok tak ramai pon orang yang pakai tudung tapi pakai stokin sekali.

dan lebih banyak mungkin,mungkin,mungkin  dan mungkin. taapiii! kalau betul la dia memang sengaja buat pilihan untuk pakai simple-mimple macam tu, apa hak kita untuk judge dia? Al-Hakim tu hanya ada pada Allah SWT ja, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui nawaitu kita buat semua benda dalam semua urusan kita seharian ni. kita tak tahu pon dia dapat dosa ka pahala sebab perbuatan dia tu. kita hanya boleh berdoa ja, semoga Allah sedarkan dia untuk berpakaian cara yang lebih sempurna dan terus bagi hidayah dekat kita untuk look into ourselves first than to look at others. kan? tak ke?
sesungguhnya Islam itu mudah. tapi janganlah permudah apa yang telah mudah tu

orait, hope u guys get one or two from my post this time. kalau lebih lagi bagus. saya juga sedang baiki diri. doakan saya ye! nak tidur, sekarang ni dah pukul 2.05 am. hoho:) wassalam~




Older Post | Newer Post
Welcome Bluely

Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) .

Tagboard

Back Then

Credits

Layout : Dian Az-zahra
Tutorial : Kak Lettha Qay
Background And Images : ABC
Best Viewed In Google Chrome


Copyright 2012 Dian Az-zahra. Protected Reserved.