//Making Randomness

Home About Me Links Twitter Facebook
*UMK* Chapter 3: Prolog
Wednesday, September 5, 2012 | 5:03 PM | 0 Comment(s)

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

 

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi yang tinggal untuk kembali pulang ke UMK Jeli memulakan semester 3. Chapter 3 dalam title adalah merujuk kepada sem 3 yang bakal aku lalui. Prolognya sebab entry ini sebagai mukaddimah tentang situasi yang mungkin agak 'mencabar' bagi kami sebagai student UMK ni. Dah kecoh di page-page group fb tentang nasib kami nanti. Banyak gambar-gambar terhidang tentang fasiliti yang baru dibina, semua orang nampak eksaited dengan kafe baru, blok baru yang akan dibuka, blok baru yang sedang dalam pembinaan, bilik-bilik kuliah baru, court bola tampar baru, keadaan surau yang baru, dan pelbagai lagi fasiliti baru-baru yang aku tak tahu sebab tak jejakkan kaki di sana lagi. 

Tapi, excitation semua orang tu berubah secara tiba-tiba bila dapat tau yang akan duduk satu bilik berempat lagi, ditambah dengan keadaan bilik yang akan jadi lebih sempit daripada sem lepas. Ruang kosong tanpa perabot yang selalunya digunakan untuk duduk bersantai-santai berkurang. Ruang untuk solat mungkin cukup-cukup muat saja, nak solat maybe kena bergilir-gilir lepas ni. Nampak sangat sempit kan bagi sesiapa yang sudah terbiasa hidup senang-lenang dengan bilik berair-cond segala bagai? 

Semua orang mula menyalahkan pihak pengurusan yang sudah dicop sebagai cakap tak-serupa-bikin, janji tak ditepati, dan macam-macam lagi oleh golongan yang tidak puas hati. Namun, di sebalik semua ini, terselit pelbagai hikmah yang mungkin tidak pernah kita sedari atau mengcuba untuk sedari.Sahabat, inilah ujian Allah kepada kita. Inilah rupa dan bentuk ujian Allah itu. Betapa umat Islam di beberapa negara lain bukan sahaja tiada tempat untuk belajar, malah tiada langsung tempat tinggal untuk mereka diami. Jadi, apa sangatlah ujian kita ini wahai sahabat??  =.="
Penduduk memeriksa kemusnahan bangunan yang dilakukan askar Zionis di kawasan Sheikh Radwan.

Seorang ibu mendukung anak lelakinya semasa meninjau kawasan rumahnya yang musnah akibat serangan udara tentera Israel di Jabaliya, di utara Tebing Gaza.     
Bukan itu sahaja, pernahkah kekurangan kita ini menjadi penghalang kita untuk ke kelas, untuk mengambil peperiksaan seperti yang dialami oleh kanak-kanak di Palestin ini? Tidak pernah bukan. Tetapi pernahkah kita mendalami ujian mereka yang lebih teruk dan dasyat berbanding dengan kita? 

Tentera Israel menghalang pelajar Palestin ke sekolah.
Betapa Allah ingin kita jadi pelajar yang lebih tabah daripada pelajar di universiti-universiti lainnya. Ujian-ujian ini menyebabkan kita lebih memahami nasib bangsa seagama kita di tempat lain. Ujian-ujian ini yang mengajar kita erti syukur terhadap nikmat-nikmat Allah yang kita tidak pernah syukuri sebelum ini. Ujian-ujian ini yang menguji sifat sabar dalam diri kita. Malah, ujian-ujian inilah yang menaik-taraf iman kita kepada-Nya sekaligus menghapuskan dosa-dosa kita. Apalagi yang lebih baik daripada dosa-dosa kita yang akan diampunkan oleh Allah? 

Jika disuruh bersabar, banyak keluhan yang keluar dari mulut mereka.
"Asyik suruh sabar ja, dah tak tahan nak sabar ni" 
Ataupun, bila ada rakan-rakan yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan, ada juga cemuhan.
"Inilah orang yang sabar tak bertempat" 
Sabar dengan ujian Allah tidak pernah tidak bertempat. Sabar juga tidak ada batasnya dan perlu setiap masa. Kita tidak perlu fikirkan berapa lama kita sudah bersabar, tentang apa kita harus bersabar, namun, kita harus fikirkan apakah himah yang kita dapt melalui sifat sabar ini. Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.
Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu.Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan. Sumber: iluvislam.com.
Ya, tahu, kita manusia, punya sifat-sifat manusia, kita bukan malaikat yang sentiasa menjadi sempurna di mata Allah. Namun kita harus sentiasa merubah diri menjadi lebih baik di mata-Nya. Jika kita memang jenis yang tidak boleh sabar, sedarlah, Allah tidak akan merubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. 

Akhir kalam, Rabi'atu Adawiyah pernah diriwayatkan berkata; yang bermaksud: 
"Sabar itu tidak tertanggung melainkan dengan kesabaran jua"  
#Sabar bukan bererti duduk diam menunggu keajaiban berlaku, tapi berusaha sebaik mungkin menaik taraf kehidupan kita di universiti sana. Smile :))
Wassalam. May Allah bless~



Oh My English!
Thursday, August 30, 2012 | 10:50 AM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum w.b.t.
Just reading some old entries i had wrote.
Jealous. My English was awesome in those entries. (although grammar still upside down!)

 

I used to have the capability of writing good sentences, with some complex words. 
But they had gone now. #Sigh.
Feel like wanna go back to school again and learn English lessons. 
They are super power English writers. Sobs, I'm jealous T.T 
English berabukk. Sekali tulis entry berkepuk-kepuk. 
Bet they have dictionary in their minds. 
Nahh..



Waiting.
Wednesday, August 29, 2012 | 11:05 PM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum w.b.t.
Really a long day to go through.

 

Waiting.
Frustrated here and there, when Facebook give you pleasure more than I did.
Leaving me behind. Like always. 
For you, just like who-cares, maybe. 
But, apart from all my feelings,
I think a part of me will always be waiting for you. 

#Larahati



Riang Ria Aidilfitri '12
Monday, August 27, 2012 | 2:36 PM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Salam 9 Syawal. Bulan Syawal masih berbaki, dah start ke puasa 6? Diri ini pun belum start lagi. Masih belum berkesempatan. Alhamdulillah, syawal disambut dengan meriah bersama keluarga. Namun, tak semua adik-beradik yang balik kampung. Still tak boleh jumpa abang yang seorang tu. Aish =.=' Macam duduk London pulak dia kan. Raya agak sakan tahun ni. Tetiba ayah rajin berjalan pulak, sampai raya ketujuh baru start dok kat rumah. Tapi best sekali-sekala ziarah sedara mara :)) 

Seperti tahun sebelumnya, raya tahun ni berkumpul ramai-ramai di kampung belah ayah. Teruja. Tak sabar nak pindah ke sana. Bila agaknya? Tapii, tanpa kak zam sekeluarga. Kurang meriah seperti tahun lepas. Nasib baik dapat jumpa jugak lepas tu. Ohh, cucu Encik Baharom dah bertambah lagi sorang. Dah jadi berapa eh? uiks, dah 17 tau! ramai tak ramai. Seronok :)) 

Kami yang masih single :))

With Sis Ann and family :)

With Sis Izan and family :))

With Sis Zam and family :)
and lastly, presenting....
.
.
.
.
.



the 17th third generation. Wan Nurul Insyirah Wan Zarimi :))     

Glad to have all these moments with them. I heart my family berry berry much! Salam Syawal, again.




Older Post
Welcome Bluely

Allah seeker | 1992 | SKBP-ians('99-'04), SMKBP-ians('05-'09), UMK-ians('11- present)| Muslim, and proud! | Blog ini hanyalah curahan isi hati dan fikiran sepanjang kehidupan penulis yang diilhamkan oleh-Nya melalui persekitaran yang penulis alami | Do read and share if benefited :)) .

Tagboard

Back Then

Credits

Layout : Dian Az-zahra
Tutorial : Kak Lettha Qay
Background And Images : ABC
Best Viewed In Google Chrome


Copyright 2012 Dian Az-zahra. Protected Reserved.